Pinjaman Peribadi

Adakah berhasrat untuk memulakan perniagaa? Atau melaksanakan projek pengubahsuaian rumah kediaman? ataupun menanggung kos perubatan diri sendiri? Bukan semua individu memiliki wang simpanan yang mencukupi untuk menampung salah satu cos tersebut. Akan tetapi, masalah sebegini dapat diselesaikan dengan memohon pinjaman peribadi bank.

Pinjaman peribadi adalah merupakan suatu kemudahan wang yang boleh membantu anda dalam masalah kewangan. Ia juga sesuai jika anda memerlukan wang tambahan untuk membayar sesuatu. Berikut adalah contoh-contoh bank yang menawarkan pinjaman peribadi di Malaysia:

i) Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan dua jenis pinjaman peribadi iaitu “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta” (amaun pembiayaan sehingga RM150,000) dan “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam” (amaun pembiayaan sehingga RM200,000).

 

Syarat untuk “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta” adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan umur minimum adalah 18 tahun dan maksimum 60 tahun ketika tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap dibahagi kepada dua iaitu: RM2,000 dan keatas bagi individu dengan pekerjaan yang tetap & RM8,000 dan keatas bagi individu dengan pekerjaan mengikut kontrak.
  • Dokumen yang diperlukan adalah termasuk salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terakahir, penyata bank 3 bulan terakhir, penyata KWSP dan Surat Pengesahan Majikan / Borang EA / Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

 

Syarat untuk “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam” adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan umur minimum adalah 18 tahun dan maksimum 60 tahun ketika tamat tempoh pembiayaan
  • Mempunyai pendapatan bulanan tetap dalam minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Bekerja dalam sektor awam dan syarikat GLC terpilih
  • Bekerja minimum 3 bulan
  • Dokumen yang diperlukan adalah termasuk salinan MyKad atau MyTentera, slip gaji 3 bulan terakhir, penyata bank 3 bulan terakhir dan Surat Pengesahan Majikan/Borang EA

ii) Pinjaman Peribadi Bank Islam

Dua jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam iaitu “Pembiayaan Peribadi-i Pakej” dan “Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej”. Amaun pinjaman ialah antara RM10,000 sehingga RM200,000 mengikut had kelayakan. Tempoh pembayaran pula adalah maksimum 10 tahun atau sehingga umur persaraan. Kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada waktu akhir pembayaran
  • Berwarganegara Malaysia
  • Bergaji tetap minimum RM2,000 sebulan
  • Terus bekerja dalam sektor-sektor yang berkenaan termasuk Sektor Kerajaan, Syarikat Senarai Awam Terpilih, Anak-anak Syarikat Kerajaan/Syarikat Senarai Awam Terpilih atau Syarikat Sendirian Berhad Terpilih yang lain mengikut senarai Bank Islam.
  • Dokumen yang diperlukan adalah salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terakhir, surat pengesahan jawatan terbaru, penyata bank 3 bulan terakhir dan penyata pendapatan terbaru (Borgan BE/eBE/EA/EC) atau sebarang dokumen sokongan seperti penyata KWSP terkini.

iii) Pinjaman Peribadi BSN

Bank Simpanan Nasional menawarkan skim Pinjaman Peribadi BPA (Biro Perkhidmatan Angksasa) Klasik. Skim pinjaman peribadi ini adalah untuk kakitangan awam dan sebahagian syarikat swasta yang diuruskan oleh Angkatan Koperasi (ANGKASA). Had pinjaman bagi skim tersebut adalah minimum RM5,000 sehingga maksimum RM200,000 dengan kadah faedah 4.5% bagi gaji RM5,000 ke bawah dan 4.75% bagi gaji dari RM800 sehingga RM5,000. Syarat kelayakan ialah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Bekerja sebagai kakitangan kerajaan atau badan berkanun dan organisasi terpilih yang mempunyai kemudahan potongan Angkasa BPA
  • Telah berkhidmat 6 bulan dan ke atas
  • Gaji pokok minima tidak lebih daripada RM800
  • Mempunyai akaun BSN GIRO/i
  • Dokuman yang diperlukan adalah salinan MyKad dan surat pengesahan majikan yang lengkap

BSN juga menawarkan pinjaman “BSN MyRinggit-i EKSEKUTIF-1” yang direka khas untuk membantu eksekutif merealisasikan keperluan pembiayaan peribadi pada kadar tetap yang mampu ditanggung. Jumlah pinjaman ialah antara RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

iv) Pinjaman Peribadi MBB

Pinjaman peribadi Maybank menyediakan jumlah pinjaman antara RM5,000 sehingga maksimum RM100,000 tanpa memerlukan penjamin dan sebarang cagaran. Syarat kelayakan adalah seperti:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 21 ke 60 tahun
  • Mempunyai gaji tetap minimum RM30,000 setahun
  • Dokumen yang diperlukan termasuk salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terakhir, penyata akaun 6 bulan terakhir dan borang BE terkini dengan resit rasmi cukai.

v) Pinjaman Peribadi CIMB

CIMB menyediakan skim pinjaman peribadi di bawah kategori “Sektor Awam-i” (bagi Kakitangan Awam dan GLC, pinjaman sehingga RM200,000) dan “Cash Plus” (bagi Kakitangan dari Sektor Swasta antara jumlah pinjaman RM2,000 sehingga maksimum RM100,000).

Bagi “Sektor Awam-i”, syarat kelayakan adalah pendapatan tetap minima dari RM800 dan ke atas manakala “Cash Plus” pula adalah gaji tetap minimum RM2,000 dan ke atas. Individu yang berumur 21 hingga 60 tahun hanya layak memohon antara dua jenis pinjaman peribadi CIMB tersebut.

Dokumen yang diperlukan untuk pinjaman “Cash Plus” adalah slip gaji 1 bulan terkini (bagi individu bergaji tetap) atau slip gaji 3 bulan terkini (bagi individu bergaji tidak tetap), penyata bank CIMB 3 bulan terkini, rekod KWSP 6 bulan terkini atau borang BE & LHDN/e-Form BE/EA terkini.

vi) Pinjaman Peribadi AEON

AEON menawarkan pembiayaan peribadi dalam kategori “AEON iCash” yang membekalkan minimum RM1,000 sehingga maksimum RM100,000 mengikut penilaian kredit dan budi bicara pihak AEON Credit. Syarat-syarat kelayakan adalah:

  • Berpendapatan tetap minimum RM800 sebulan dan ke atas
  • Wargenegara Malaysia
  • Umur 18 tahun dan ke atas
  • Dokumen yang diperlukan termasuk salinan MyKad, penyata KWSP terkini, slip gaji 3 bulan terkini, penyata akaun 3 atau 6 bulan terkini dan buku akaun simpanan atau penyata bank terkini.

vii) Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Bank Muamalat member 3 jenis pinjaman iaitu Angkatan Tentera, Kakitangan Kerajaan dan Kakitangan Organisasi Terpilih. Had pembiayaan adalah RM5,000 sehingga RM150,000. Syarat-syarat kelayakan adalah:

  • Kakitangan tetap yang berkhidmat dalam minimum 3 tahun
  • Dokumen yang diperlukan adalah salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terkini, surah pengesahan pekerjaan, penyata penyelesaian dan penyata pelaburan (jika berkenaan).

Peranan Pemberi Pinjam Wang Berlesen

Tidak dapat dinafikan bahawa memang ramai orang selalunya hendak membuat pinjaman peribadi daripada bank. Akan tetapi, adakah anda layak untuk membuat pinjaman peribadi bank ataupun pinjaman perniagaan daripada bank. Syarat bank selalunya sangat ketat dan tidak mudah untuk layak, kecuali kalau peminjam mempunyai kredit profil yang cantik. Tambahan juga, proses bank untuk meluluskan pinjaman selalu mengambil masa yang lebih lama. Oleh kerana itu, sekiranya dalam keadaan terdesak dan kecemasan wang, kami sebagai pemberi pinjam wang berlesen adalah alternative utama kepada pinjaman peribadi bank. Kami memerlukan slip gaji untuk 3 bulan. Selain itu, kami juga memerlukan penyata bank untuk 3 bulan.

Kesimpulan

Dengan itu, sekiranya anda yakin bank dapat meluluskan permohonan pinjaman peribadi anda, diharap kandungan diatas dapat membantu pembaca untuk memahami pinjaman peribadi dari bank. Walaupun demikian, pastikan bahawa anda ada masa secukupnya, dan juga kemungkinan bahawa permohonan pinjaman anda dari bank akan ditolak. Sekiranya ada dah cuba, dan tidak layak, cuba memohon dari kami untuk kecemasan wang anda.